Hai, Penjual Dalam Talian
Izinkan kami perkenalkan diri, tak kenal maka tak cinta, kami dari Mendadak Space sebahagian daripada Hegemoni Group, House of Brands bagi Brighty, Ciara, Jiera, Herbikids dan beberapa jenama tempatan lain.
Jika ada yang bertanya kenapa kami kongsikan framework dan tools dalaman kami? jawapannya mudah, kami mahu berkembang bersama-sama penjual tempatan, bukan sendiri-sendiri. Kami percaya kita melalui masalah yang sama : algoritma dan kos marketplace makin mahal, jenama besar ada modal & pasukan, penjual kecil perlukan logik (cubaan strategi buat kos pemasaran membengkak), belum lagi perlu bersaing dengan penjual luar yang harga jualannya tak masuk akal, ya kita sama-sama tahu dari negara mana :)
Boleh bayangkan tak kalau "serangan" ini makin besar? Ya, penjual dalam talian tempatan pasti tumbang, dan kita sekali lagi hanya mampu jadi pengguna di negara sendiri..
Btw, kami pernah berbincang dan menyuarakan keresahan ini kepada Kemenkop UKM, tapi hasilnya begitulah, Jadi? adakah kita perlu menyerah? Tidak! Kenapa? Kita tak kalah, produk kita tak kalah bagus, pasukan kita tak kalah kreatif dan hebat, kita cuma perlu saling berkongsi dan berjalan bersama.
Melalui platform ini anda boleh akses : tools, framework dan insight daripada kami, matlamatnya cuma satu, supaya penjual tempatan lain boleh berkembang lebih pantas—lebih kemas, lebih cekap dan lebih tahan lasak.
** Framework & Tools lain akan menyusul dalam beberapa bulan akan datang
